Saturday, April 15, 2006

Bersangka baik ....



Manusia hari ini suka bersangka-sangkaAda sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela.........

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kitabuat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

fikir-fikir...

Sunday, March 19, 2006

Salam Ukhuwah..

Assalamualaikum...
salam sejahtera, salam ukhuwah fillah

ukhuwah itu indah
bila bertemu dan berpisah kerana Allah
andai bertemu tak jemu
andai berpisah tak gelisah
andai sengketa tak berpanjangan
dalam denai perjuangan kita tetap bersama

sahabat
diri ini insan biasa
punya kekurangan minta dinasihat
dari sahabat juga cendekiawan
agar diri bisa berjalan beralas paksi yang benar
atas nama ukhuwah fillah
tegurlah andai ada khilaf dalam rencanaku
agar ukhuwah yang tertaut tidak terusik

ukhuwah itu indah
terpupuk dengan rasa mahabbah
dalam tawa dan tangis bersama
mengerat kesatuan hati, fikiran dan amal
dalam perjalanan menurun lembah, mendaki puncak
dalam melontar idea mahupun menghunus bicara
dalam menahan amarah mahupun mendamai sabar
ukhuwah ibarat air tak terputus dicincang
terus bersama selamaya
kuat merempuh halangan bak air yang terjun tinggi
bermula hanya dari setitis mata air
sampai ke laut mengumpul seribu kenikmatan