Showing posts with label Tinta Pembangun Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Tinta Pembangun Jiwa. Show all posts

Tuesday, July 17, 2007

Bersabarlah..




Sebuah kehidupan tidak dinamakan kehidupan yang sempurna andai tidak pernah mengahadapi kesukaran dan ujian. Dalam mengharungi denai dunia, jalannya bukan sentiasa rata, ada kalanya kita terpaksa melalui jalan yang berliku dan sempit. Ada kalanya kita juga perlu bersedia untuk memanjat tebing yang tinggi dan menuruni lurah yang licin. Ranjau dan duri dikiri kanan turut menyapa. Dugaan dalam perjalanan inilah yang menguji sejauh mana kita sabar dan mengingati pencipta dan pengatur perjalanan insan. Bersyukurlan kerana kita masih diuji dan tidak dibiarkan leka dengan kesenangan dunia....


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
Rahmat Ujian : Mastica

Thursday, May 24, 2007

Pendidik Insan



Lagu :Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
(Lagu & Lirik : Hashim Ahmad)

Lagu yang pastinya membangkitkan semangat pendidik di tanah air kita. Yang dilagukan saban tahun pada tanggal 16 Mei.

Video di atas mungkin nampak tidak sesuai dengan kerjaya seorang guru.. walaubagaimanapun itu sahaja yang ada dan sesuai sedikit, yang dapat ku kongsikan. Hayatilah secara positif yer sahabat-sahabat :)

Cuba hayati bait-bait kalimah yang tersusun dalam lirik lagu ‘Guru Malaysia’. Ia memberi makna yang besar bagi mereka yang merasakan mereka adalah guru atau pendidik. Aku pernah menyaksikan guruku mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu keramat pendidik ni. Kini aku juga merasakan tempiasnya secara tidak langsung.

Lirik lagu ini secara tidak langsung menjadi ikrar dan janji para pendidik untuk membentuk anak bangsa dan membantu dalam pembangunan Negara. Siapa pun kita hari ini, apa pun kepercayaan dan prinsip diri kita hari ini, Apa pun sumbangan kita pada keluarga, agama, bangsa dan negara pada hari ini, tetap beralaskan ilmu yang kita tangguk dari guru-guru kita... iyalah, seperti yang terkandung dalam sajak Allahyarham Usman Awang:-

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca


Tengok pula lihat pula pada rangkap akhir yang seolah meperlihatkan besarnya amanah seorang guru atau pendidik ini,
"Amanah yang diberi kami tak persiakan, apa yang kami janji tunai tetap kami tunaikan"
Jika dihayati frasa ini, kita dapat lihat setiap murid yang dihadapkan atau diamanahkan pada guru-guru ini adalah amanah mereka. Setiap tahun mungkin beratus-ratus murid yang menjadi amanah mereka yang perlu dididik dan dibimbing untuk menjadi manusia yang bermoral dan berilmu. Berat tanggungjawab mereka hanya mereka dan Pencipta yang tahu. Namun kerana amanah dan janji yang diikrarkan saban tahun tetap mereka bertahan dan terus mendidik. Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran pada setiap pendidik yang menghayati amanah mereka ini. Kita mungkin pernah mendengar kisah guru yang tidak amanah dalam menjalankan amanah mereka, semoga mereka sedar akan amanah mereka.

Bagiku kalimah ‘guru’ tidak hanya bagi guru-guru peringkat sekolah, malah lebih relaven bagi semua pendidik yang mengajar dan mendidik anak bangsa dari semua peringkat. Waima dari peringkat ‘nursery’ atau taska hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Walau gelaran mereka mungkin berbeza namun jasa mereka tetap dalam kumpulan pendidik.. Maka tidak salah kiranya kita ucapkan 'selamat hari guru' pada para pensyarah kita atau pengasuh ‘nursery’ kita (pada mereka yang pernah diasuh di nursery)..

Pendidik, emm... sebenarnya besar skopnya.
  • Ibu dan bapa kita juga pendidik, tapi mandat mereka lebih tinggi dari seorang guru.
  • Pakar motivasi, Penceramah bebas dan fasilitator juga pendidik dalam konteks membangkitkan kesedaran dan membimbing.
  • Kakak atau abang yang banyak membimbing dan menasihat juga pendidik muda.
  • Siapa sahaja yang mendidik, membimbing dan menasihat kita menjadi insan berilmu dan bermoral juga pendidik
  • Kejadian alam juga adalah medium pendidikan bagi yang mahu memerhati dan berfikir falsafah disebalik kejadian alam, kerana alam juga adalah sebahagian dari medium didikan dari Pencipta khas untuk kita.

Kepada guru-guru ku, aku layangkan puisi tulisan Usman Awang yang mekar sepanjang zaman, buat penghias hari-hari kalian, SELAMAT HARI GURU :

-Guru oh Guru-

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Thursday, March 15, 2007

Istimewanya Wanita



Salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa membaca blog ini. Ada satu berita gembira yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat terutamanya yang dilahirkan kedunia sebagai seorang perempuan / wanita. Wanita itu diciptakan dengan keistimewaan tersendiri.

Nak tau....Bertuahnya wanita yang diciptakan mempunyai rahim. Sungguh setiap kejadian ada hikmahnya. Seorang wanita yang mempunyai rahim ini umpama bekerja dengan Allah sebagai penyubur zuriat ‘manusia’. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh… 7 hingga 15 hari sebulan, pada waktu itu dia tidak wajib senbahyang tetapi Allah anggap waktu itu adalah waktu sembahyang terbaik daripada seseorang wanita itu.

Setelah sah bergelar isteri pada suami tercinta, tibalah saatnya membuktikan keupayaan wanita iaitu mengandung dan melahirkan. Cuti bersalin pula hingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati. Tiadanya bayaran untuk mc, malah Allah beri sebab wanita bekerja dengan Allah. Bersabar menempuh dugaan ketika mengandung dan melahirkan. Itulah istimewanya wanita. Bagi kaum lelaki tiada cuti bagi mereka. Sembahyang wajib bagi mereka dari baligh sehingga ke akhir usianya. Kerana mereka adalah ketua keluarga yang perlu dicontohi.

Satu lagi berita gembira untuk wanita. Sepanjang tempoh wanita mengandungkan zuriatnya Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Apabila lahir sahaja bayi yang dikandung, habis seluruh dosanya gugur dan diampunkan dosa lalu. Inilah nikmat yang Allah beri kepada mu wanita… Jadi jangan rasa menyesal kerna dilahirkan sebagai wanita dan janganlah takut untuk mengandung dan melahirkan. Bertapa Allah tinggikan martabat wanita dalam islam.

Untuk peringatan apabila wanita telah bersuami. Syurga dijanjikan Allah bagi para isteri yang mentaati dan menyenangkan hati suaminya, mudah bukan?….seluruh kebaikkan suaminya pahalanya turut dirasai oleh si isteri tetapi dosa suami ditanggung sendiri oleh para suami. Namun di akhirat nanti jika perjalanan suami ke syurga terhalang oleh dosa-dosanya, isteri boleh memberikan pahala ‘extranya’ untuk sama-sama melangkah kesyurga disamping suami tersayang. Namun Wanita yang derhaka pada suaminya tidak sekali merasai nikmat ini.

Lihatlah wahai wanita bertapa beruntungnya dirimu di bawah lembayung islam. Selagi kau mengikut syariat agama islam juga menjaga maruah dan kehormatanmu. Sesungguhnya wanita mudah mendakap syurga, namun perlu diingat, bahawa wanita juga mudah ke neraka jika tersasar langkahnya dari landasan islam….