Tuesday, January 09, 2007

Apa yang kita mahu jarang kita dapat..




Dengan kalimah BIsmillah aku mulakan coretan tintaku hari ini, mengukir cerita untuk renungan bersama. aku insan yang sedang belajar dan masih mencari apa yang aku cari, hanya DIA yang tahu pencarianku yang bukan mudah orang seperti aku perolehi....dalam pencarian ini, tidak salah kiranya aku kongsikan sesuatu untuk renungan kita bersama.. untuk diriku dan sahabat yang sudi berkongsi cerita denganku.

"Apa yang kita mahu jarang kita dapat, apa yang kita dapat jarang kita duga"

emmm..kata-kata ini ada ada kalanya tepat mengena dan ada kalanya adalah sebaliknya (.."apa yang kita mahu selalu kita dapat, apa yang kita dapat selalu kita duga"..haha). Namun jika kita renung-renungkan disetiap apa yang terjadi ada hikmah dan motivasinya yang terkandung. Ia didikan untuk kita dari pencipta..

Bagi aku, kemahuan kita selalu mendorong cita-cita dan cita-cita selalu menjadi pembakar semangat untuk kita capai kemahuan atau impian yang dicita-citakan.. dalam bercita-cita kita selalu memasang angan-angan, kata orang tua-tua angan-angan tidak kemana, seperti angannya Mat Jenin.. namun bagi diriku sebenarnya angan-angan adalah langkah pertama dalam meneroka impian yang dicita-citakan.. angan-angan akan mencipta atau mengimiginasikan keadaan ketika cita-cita terlaksana. imiginasi inilah yang akan menanamkan gambaran dalam pemikiran yang boleh ditukar kepada titik fokus matlamat hidup kita.. apabila gambaran kejayaan atau matlamat impian yang telah terfokus maka tindakkan kita juga akan terfokus atas landasan menuju matlamat.. dan pada ketika inilah kita mula tidak pandang pada apa jua halangan dan rintangan yang sedia menanti, kerana kita dapat lihat jelas gambaran kejayaan yang sedang menanti dihadapan.. biarpun jatuh dan bercalar namun sakitnya seolah tidak terasa... perjalanan tetap diteruskan. (idea ini aku cedok sedikit dari pensyarahku yang juga seorang mentorku)

Namun, ketika tindakkan kita terfokus mengarah pada matlamat, kita harus sedar akan bisikan syaitan dan anasir jahat sesekali tetap kan terlepas dan menggangu fokus kita. ketika inilah kita perlukan perisai diri dari anasir jahat ini.. tapi di mana kita nak dapat kan perisai nie kan???...

Bertitik tolak dari hal ini, maka perlulah kita mendapatkan formula dan ramuan membuat perisai diri dan kita adunkan dalam makmal diri kita yang bersifat "insan" ini.. ada banyak formula namun aku suka jika formula yang ini digunakan iaitu (Iu + In + Al + Mh = PD),
dengan andaian bahawa :-

Iu adalah ILMU; bekalkan diri dengan ilmu dan kegunaanya, tidak cukup dengan ilmu dunia semata namun jua dengan ilmu akhirat destinasi pasti. carilah ilmu-ilmu yang boleh menetapkan hati dan pegangan diri dalam menugkah gelombang fana' dunia dan ilmu yang punya nilai tambahan yang memudahkan perjalanan kita.

In adalah Iman; pancangkan tauhid kepada Pencipta kita Allah SWT, pada Muhammad SAW pemberi syafaat diakhirat nanti, Hayati makna rukun yang 5 dan yang 6, baiki hubungan dengan DIA, hubungan dengan Alam dan hubungan dengan manusia.

Al adalah Amal; amalkan perkara mudah ini, "buat apa yang disarankan dan tinggalkan apa yang ditegah". amalkan akhlak yang baik dan pegang erat pada senjata berkuasa tinggi yang bernama DOA.

Mh adalah muhasabah @ menilai diri; ambilah sedikit masa untuk kita renungkan kembali amalan atau aktiviti yang kita lakukan. ukur dengan garis panduan yang ada, selepas itu ambil yang baik, tambah apa yang tidak cukup dan jangan lagi diulang apa yang tersilap. jangan lupa bisikkan kata-kata yang boleh "recharge" motivasi diri.

dan PD adalah Perisai Diri; ia adalah ruh yang subur mendarah daging dalam diri, yang punya kekuatan menentang anasir negatif yang nyata atau tersembunyi, yang punya "prinsip" kukuh yang tidak mudah dipatah atau diinjak.

Ha, itulah formula adunan untuk membuat perisai diri. tidak dinafikan kadang-kala dalam mengadun formula ini akan ada sedikit ralat untuk membuat perisai yang kukuh namun pandai-pandailah kita imbangkan agar formula ini menampakkan hasil yang baik walaupun bukan hasil yang paling sempurna. Iyalah perisai diri ini pun ada beberapa peringkat kualitinya. namun kita cuba buat yang terbaik untuk diri kita.

berbalik kepada cerita kita tentang mencapai apa yang kita mahu atau matlamat atau impian.. Dengan segala usaha, kita akhirnya ditakdirkan kecapi kemanisan impian yang menjadi nyata. berkali-kali kita ucapkan kesyukuran pada DIA yang memudahkan perjalanan kita. Namun, tidak semua impian manusia akan terlaksana semudah itu, kadang kala kita rasa kita sudah sampai pada destinasi matlamat atau impian namun puncaknya tidak seindah yang dibayangkan.. ..jangan kecewa, bisikkan pada diri bahawa ada hikmah sebaliknya yang ingin tunjukkan oleh Yang Maha Mengetahui. Tingkatkan kesabaran dan muhasabah diri dan terus berusaha. Jika apa yang kita impikan tidak dapat hari ini, mungkin dapat esok, jika tidak esok mungkin pada masa akan datang. Ia pasti tercapai sekiranya kita berusaha,

emmmm...sebagai analogi, andaikan dalam kita harapkan sinar ceria sang mentari namun, yang datang adalah mendung dan hujan, diuji pula dengan dentuman petir dan kilat, maka segaralah kita bisikkan pada nurani.. "ingatlah nuraniku bahawa fitrah hujan tidak berpanjangan", ... benar hujan akan berhenti dan ketika itu lah mentari akan tersenyum pada kita dengan sinar cerianya dan kita tidak pula menjangka ketika itu sang pelangi indah juga turut hadir tersenyum ceria pada kita.. emm.. patutlah impian kita lambat tercapai rupanya Tuhan ingin hadiahkan sesuatu yang lebih hebat dari apa yang kita cita-citakan.. sesungguhnya kesenangan yang datang selepas kesusahan, segalanya adalah nikmat dari Tuhan..

..dan sahabat berakhirlah ceritaku sebagai "penjentik minda" buat diriku dan renungan untuk kita bersama... betulkan aku andai ada khilafnya.. Allahu A'lam.. :)

No comments: